Khamis, 8 September 2011

♥~♥~♥perempuan¸¸.•*❤

Perempuan...
Adakah kau pernah sedar bahawa kau itu diibaratkan hiasan indah di dlm kaca
Yang x bisa disentuh namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali kau disentuh bg mereka yg nafsunya disimpul dgn kemahuan syaitan
Namun kau jua ingin dimiliki olh mereka hamba2Nya yg ada taqwa di hati.

Perempuan...
Kau juga selalu membuat hati2 ibu ayhmu merasa berat
Dan kaulah yg selalu ada yg mengakibatkan dirimu itu fitnah yg terbesar di dunia ini
Bagaimanakah mungkin utk aku mampu buat kau mengerti

Perempuan...
Kini msh belum terlambat utk kau sedari
Selagi kau msh bernyawa lg
Keampunan Tuhan sentiasa menanti
Bersegeralah bertaubat kembali ke jalan Ilahi

Perempuan...
Seandainya kau tahu
Apa yg laki2 beriman mahu
Mahukah dirimu
Utk mendekatiku
Dan meskipun apajua kisah silam hidupmu
Aku tdk bisa memaksamu utk kembali bertaubat
InsyaAllah..,pasti mereka akn setia menantimu hingga ke akhir hayat
Seandainya kaulah perempuan yg terhebat...!



(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸

Rabu, 2 Februari 2011

~ BuaT mU SaHaBaT kU ~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..syukur kehadrah Ilahi kerana masih diberi nafas dalam melewati hari2 yang mendatang..Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhamad s.a.w, keluarga dan sahabatnya..

Kasih yang hakiki dari Ilahi..
kasih yang berpanjangan dari keluarga..
Kasih yang setia dari insan yang bergelar sahabat..
salam dihulur, persahabatan di minta..
Ku sambut mesra, hidup ku bermakna..
Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran..
Di anugerahkan seorang insan..
Bernama sahabat..

pagi yang dingin ini membuatkan susah untuk aku melelapkan mata. sedangkan insan lain enak diulit mimpi2 yang indah. Dalam keseorangan hati berdetik, otak memikir bagaimana untuk aku menghadapi saat2 perpisahan bersama sahabat2..semakin terasa saat perpisahan yang akan menjelang, semakin terasalah saat berjauhan. Namun itu tidak bermakna ukhwah yang telah terbina ini terhenti disini saja..

Sahabatku..
Andai sampai saat itu nanti tidaklah mampu untuk aku memandang wajah2 yang telah banyak melakar saat suka dan duka kita bersama. Terima kasih buatmu sahabat yang tidak pernah jemu dan sentiasa berada di sampingku saat jatuh bangunku..Andai di beri pilihan sama ada kau @ dia..sudah pasti aku memilih kau sahabat..

Pejam celik-pejam celik..ha jangan pejam x celik2 ea..hehe.. x sedarkan yang kita dah semakin berada di penghujung semester..6 sem.. satu tempoh yang sebenarnya tidak cukup untuk kita betul2 mengenali hati budi sahabat kita..setuju x?? yup..itulah apa yang aku rasakan..sebabnya dah nak akhir sem barulah masing-masing nk bertegur sapa. Xpelah..at least bertegur..ye dak..hmm final dah makin dekat..macam mana sahabat2..dah bersedia?? InsyaAllah..sama2 lah kita berdoa dan berusaha agar beroleh kejayaan. Berusaha + Doa + Tawakkal = a..a..a.. bukan hospital tawakal, tapi hasilnya..semoga bila keluar dari bumi kuis nie kita dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari..InsyaAllah. Hmm satu perkara yang aku nak kongsi ialah berkenaan kelas aku..betapa beruntung dan bersyukurnya sebab aku berada dalam kelas Quran Sunnah B..emm yang istimewanya kelas aku nie, kami mempunyai otak yang sama2 giler, satu kepala, dan happy go laki binilah senang cite..hehe..sahabat2 aku nih memang istimewa.. biasa lah kanak2 istimewa..=) satu aktiviti dalam kumpulan yang sering kami lakukan ialah joging bersama..every weekend selalunya hari sabtu kami akn menjelajah sambil megelilingi tasik kuis..tapi hakikatnya kami berposing je lebih..hehe

ha..ini adalah diantara aktiviti2 yang kami lakukan..:') seronokkk..... 


berkayak atas darat..( nak berkayak ke nak bergambar ?? )
kamilah...gurl generation 2..haha


tempat turunnya UFO..hehe

hehe...terasa nak join x pada sape2 yang x penah join tuh..tp...keseronokan ini mungkin nanti hanya tinggal kenangan yang tdk dapat di lupakan..foto2 inilah pengubat rndu pada sahabt2 yang nanti pasti kita akan berjauhan..hanya masa dan keadaan je yang akan menjadi penentu bila kita akan berkumpul sebegini lagikan..jangan bersedih dulu sahabat..esok masih ada lagi waktu untuk kita bersama..abadikan ukhwah ini dalam memorimu..


uNtUk mU sAhaBaT..

Jalan itu panjang, tenang, lapang...
Inginku laluinya
Jalan itu..
Sedamai air yang mengalir
Selembut bayu yang melambai
Perlahan-lahan ia menyampaikan salam
Menyambut aku meniti di atasnya
Jalan itu..
Titian fisabilillah
Ketenangan
Kedamaian
Ku harapkan
Meskipun ranjau dan duri itu
Di sisi jalan
Kerna Jannah itu indah
Jalan itu..
Tumpah titis-titis mutiara
Menjadi senjata
Menjadi kekuatan
Segalanya untuk DIA
Jalan itu..
Sabar, redha, pasrah, tawakal
Ubat dan penawar
Kerna DIA melihat
Menilai keringat usaha
Hanya kepada DIA
Serah segalanya
Jalan fisabilillah..
Janji DIA pasti
Syurga Firdausi para syahid
Neraka jahanam para pendusta




bila rindu kembali menjengah..
menyusup datang melalui sekeping gambar..
ukhwah dan mahabbah..
adalah satu anugerah..
sedetik di mata..
selamanya di jiwa..







Selasa, 1 Februari 2011

~ uNTuk mUDaH BanGuN sUbUh ~


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. Wallahu a'lam..


~ Malam Dengan Tahajud~


"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allahs.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,menutup segala dosamenghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."




Sabtu, 29 Januari 2011

~wahai asshabab~

Buatmu ya shabab…
Laksanakanlah tanggungjawabmu,

Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

 Buatmu ya shabab..
Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,

Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...



Hakikatnya asshabab...

Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,

Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,

Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..

Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...

Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

~jadilah dirimu~




Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga

Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.

Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa


Isnin, 24 Januari 2011

~ rahmat dari ujianMu~

dalam derita ada bahagia..
dalam gembira mungkin terselit duka..
tak siapa tahu..
tak siapa pinta ujian bertamu..

bibir mudah mengucap sabar..
tapi hatilah yang remuk menderita..
insan memandang..
mempunyai banyak tafsiran..

segala takdir..
terimalah dengan hati yang terbuka..
walau terseksa ada  hikmahnya..

harus ada rasa bersyukur..
di setiap kali ujian menjelma..
itu jelasnya membuktikan..
Allah mengasihimu setiap masa..
diuji tahap keimanan..
sedangkan ramai terbiar dilalaikan..
hanya yang terpilih sahaja..
antara berjuta mendapat rahmatNya..



Allah rindu mendengarkan..
rintihanmu berpanjangan..
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..

segala takdir.. 
terimalah dengan hati yang terbuka..
walau terseksa ada hikmahnya..
segala ujian diberi..
maka bersyukurlah selalu..




~ maafkan ku~

MAAFKAN AKU KEKASIH...
kerana aku sentiasa tidak adil dalam hubungan ini..
aku tidak akan pernah mampu berbuat baik padamu..
seperti Kau berbuat baik padaku..
aku tidak akan pernah setia pada janji-janjiku padaMu..
seperti Kau berpegang pada janji-janjiMu..
aku tidak akan pernah mampu mendengar ayat-ayat suci kiasan cintaMu..
seperti Kau yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhanku..
saban waktu aku tidak pernah mampu mengikut segala suruhanMu..
seperti Kau yang tidak pernah berkira menunaikan permintaan dalam d0a-doaku..


MAAFKAN AKU KEKASIH...
atas segala saat-saat alpaku padaMu..
sedangkan saat-saat itu adalah pinjamanMu jua..
maafkan aku atas janji-janji yang aku khianati..
meskipun ini entah kali yang keberapa..
maafkan aku bila aku terlupa..
berterima kasih atas nikmat-nikmatMu..
bila mana Kau bisa menariknya bila-bila masa..


MAAFKAN AKU KEKASIH...
maafkan aku bila aku hilang percaya dan buruk sangka padaMu..
sedangkan ujian-ujian itu adalah tanda kasihMu..
supaya aku lebih ingat padaMu..
maafkan aku bila aku tidak jujur padaMu..
dan mengasihi hambaMu lebih dari cintaku padaMu..
sedangkan Kaulah pemilik mutlak diriku dan segala yang ada padaku..


MAAFKAN AKU..
kerana aku hanyalah hamba biasa yang ingin menjadi kekasihMu..
meskipun aku tidak akan pernah mampu...







~ 5 perkara merosakkan akidah muslimah ~



jangan resah dan gelisah
 - usah selalu mengeluh dengan keadaaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita

jangan sedih dan berasa derita
 - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya

jangan lemah dan malas
 - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beribadah

jangan banyak berhutang
 - nafsu jika dituruti kita tidak akan merasa puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi

jangan kedekut dan pengecut
 - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk menyelamatkan diri daripada lima perkara iaitu :
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah, daripada sedih dan derita, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat kedekut dan pengecut dan daripada lilitan hutang dan tekanan orang." 

~sampaikanlah kepada para wanita~

# seorang wanita solehah lebih biak daripada 70 orang wali

@ seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

& seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

$ dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

% wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

~ wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

~ku sambut salammu~

kAsiH Mu yA RaBb..
ku tahu cintaMu abadi..
namun diri tidak pula cuba mencari..
walau ku tahu diri dalam kealpaan..

kAsiH Mu yA RaBb..
tidak ku pinta akan kedukaan..
tidak ku pinta akan kelukaan..
namun kau lebih arif tentang diri ini..
yang tak punya apa..

kAsiH Mu yA RaBb..
jangan Kau jauh dari hidupku..
jangan Kau palingkan kasihMu..
kerna ku takut hidup tanpa hadirMu..

kAsiH Mu yA RaBb..
dalam kegelapan malam ku mencariMu..
dalam kegelapan malam ku sujud padaMu..
dalam kegelapan malam ku tangis padaMu..
dalam kegelapan malam ku mengadu padaMu..

kAsiH Mu yA RaBb..
ku mencari walau sekelumit kasih dariMu..
berilah kekuatan padaku..
jua ketenangan dan keamanan..
istiqamahkan lah hatiku..
agar kasihku terus berpaut padaMU..



Sungguh ku buta dalam cahaya
Sungguh ku lupa tika bahagia
Sedang Kau dekat bukan dimata
Sentuhmu erat dipinggir jiwa
Sedang Kau dekat dipinggir jiwa
Biarkan airmata melimpah
Biarkan luluh cinta tercurah
Segala kasih rindu tertumpah
Seluruh hati aku berserah
Ya Allah.....
Ku tunggu waktu bila bertemu
Hidup matiku hanya untukMu