Isnin, 24 Januari 2011

~ 5 perkara merosakkan akidah muslimah ~



jangan resah dan gelisah
 - usah selalu mengeluh dengan keadaaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita

jangan sedih dan berasa derita
 - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya

jangan lemah dan malas
 - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beribadah

jangan banyak berhutang
 - nafsu jika dituruti kita tidak akan merasa puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi

jangan kedekut dan pengecut
 - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk menyelamatkan diri daripada lima perkara iaitu :
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah, daripada sedih dan derita, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat kedekut dan pengecut dan daripada lilitan hutang dan tekanan orang." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan