Sabtu, 29 Januari 2011

~wahai asshabab~

Buatmu ya shabab…
Laksanakanlah tanggungjawabmu,

Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

 Buatmu ya shabab..
Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,

Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...



Hakikatnya asshabab...

Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,

Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,

Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..

Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...

Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

~jadilah dirimu~




Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga

Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.

Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa


Isnin, 24 Januari 2011

~ rahmat dari ujianMu~

dalam derita ada bahagia..
dalam gembira mungkin terselit duka..
tak siapa tahu..
tak siapa pinta ujian bertamu..

bibir mudah mengucap sabar..
tapi hatilah yang remuk menderita..
insan memandang..
mempunyai banyak tafsiran..

segala takdir..
terimalah dengan hati yang terbuka..
walau terseksa ada  hikmahnya..

harus ada rasa bersyukur..
di setiap kali ujian menjelma..
itu jelasnya membuktikan..
Allah mengasihimu setiap masa..
diuji tahap keimanan..
sedangkan ramai terbiar dilalaikan..
hanya yang terpilih sahaja..
antara berjuta mendapat rahmatNya..



Allah rindu mendengarkan..
rintihanmu berpanjangan..
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..

segala takdir.. 
terimalah dengan hati yang terbuka..
walau terseksa ada hikmahnya..
segala ujian diberi..
maka bersyukurlah selalu..




~ maafkan ku~

MAAFKAN AKU KEKASIH...
kerana aku sentiasa tidak adil dalam hubungan ini..
aku tidak akan pernah mampu berbuat baik padamu..
seperti Kau berbuat baik padaku..
aku tidak akan pernah setia pada janji-janjiku padaMu..
seperti Kau berpegang pada janji-janjiMu..
aku tidak akan pernah mampu mendengar ayat-ayat suci kiasan cintaMu..
seperti Kau yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhanku..
saban waktu aku tidak pernah mampu mengikut segala suruhanMu..
seperti Kau yang tidak pernah berkira menunaikan permintaan dalam d0a-doaku..


MAAFKAN AKU KEKASIH...
atas segala saat-saat alpaku padaMu..
sedangkan saat-saat itu adalah pinjamanMu jua..
maafkan aku atas janji-janji yang aku khianati..
meskipun ini entah kali yang keberapa..
maafkan aku bila aku terlupa..
berterima kasih atas nikmat-nikmatMu..
bila mana Kau bisa menariknya bila-bila masa..


MAAFKAN AKU KEKASIH...
maafkan aku bila aku hilang percaya dan buruk sangka padaMu..
sedangkan ujian-ujian itu adalah tanda kasihMu..
supaya aku lebih ingat padaMu..
maafkan aku bila aku tidak jujur padaMu..
dan mengasihi hambaMu lebih dari cintaku padaMu..
sedangkan Kaulah pemilik mutlak diriku dan segala yang ada padaku..


MAAFKAN AKU..
kerana aku hanyalah hamba biasa yang ingin menjadi kekasihMu..
meskipun aku tidak akan pernah mampu...







~ 5 perkara merosakkan akidah muslimah ~



jangan resah dan gelisah
 - usah selalu mengeluh dengan keadaaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita

jangan sedih dan berasa derita
 - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya

jangan lemah dan malas
 - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beribadah

jangan banyak berhutang
 - nafsu jika dituruti kita tidak akan merasa puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi

jangan kedekut dan pengecut
 - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk menyelamatkan diri daripada lima perkara iaitu :
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah, daripada sedih dan derita, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat kedekut dan pengecut dan daripada lilitan hutang dan tekanan orang." 

~sampaikanlah kepada para wanita~

# seorang wanita solehah lebih biak daripada 70 orang wali

@ seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

& seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

$ dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

% wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

~ wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

~ku sambut salammu~

kAsiH Mu yA RaBb..
ku tahu cintaMu abadi..
namun diri tidak pula cuba mencari..
walau ku tahu diri dalam kealpaan..

kAsiH Mu yA RaBb..
tidak ku pinta akan kedukaan..
tidak ku pinta akan kelukaan..
namun kau lebih arif tentang diri ini..
yang tak punya apa..

kAsiH Mu yA RaBb..
jangan Kau jauh dari hidupku..
jangan Kau palingkan kasihMu..
kerna ku takut hidup tanpa hadirMu..

kAsiH Mu yA RaBb..
dalam kegelapan malam ku mencariMu..
dalam kegelapan malam ku sujud padaMu..
dalam kegelapan malam ku tangis padaMu..
dalam kegelapan malam ku mengadu padaMu..

kAsiH Mu yA RaBb..
ku mencari walau sekelumit kasih dariMu..
berilah kekuatan padaku..
jua ketenangan dan keamanan..
istiqamahkan lah hatiku..
agar kasihku terus berpaut padaMU..



Sungguh ku buta dalam cahaya
Sungguh ku lupa tika bahagia
Sedang Kau dekat bukan dimata
Sentuhmu erat dipinggir jiwa
Sedang Kau dekat dipinggir jiwa
Biarkan airmata melimpah
Biarkan luluh cinta tercurah
Segala kasih rindu tertumpah
Seluruh hati aku berserah
Ya Allah.....
Ku tunggu waktu bila bertemu
Hidup matiku hanya untukMu

~sanah helwa sahabat~


Dikala diri masih diberi kesempatan 
dalam mengenal erti persahabatan
tiada yang lebih indah melainkan mengenal dirimu sahabat..
SITI RAUDHAH OMAR
seindah namamu...
tiada yang mampu untuk ku berikan 
melainkan kiriman doa buatmu
semoga dengan meningkatnya umur 
memberi satu peringatan bahawa kematian semakin dekat..


teman yang dicari
sebenarnya bukan untuk
 keseronokan, kepuasan,
kemewahan, dan gelak tawa
semata-mata
akan tetapi...
teman yang dicari
 adalah untuk sama-sama berusaha 
menyatukan hati masing-masing
di dalam keikhlasan dan kejujuran
sehingga kita merasakan
 manisnya sebuah ukhwah itu..
yang terkesan daripada
 kesetiaan teman yang dimilikinya...

~ buatmu muslimah~


Seorang gadis itu...
 yang lembut fitrah tercipta
Halus kulit, manis tuturnya
Lentur hati, telus wajahnya
Setelus rasa membisik di jiwa
Di matanya cahaya, dalamnya ada air
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka
Ceritera hidupnya..

Seorang gadis itu....
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya
Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul
Pengubat duka dan laranya....
Bijaksana dia
Menyimpan ilmu, si teman bicara
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...

Seorang gadis itu...
Bisa seteguh Maryam
Meski dicaci dikeji
Itu hanya cerca manusia
Namun, sucinya Allah memuji..
Seperti Fatimah kudusnya
Meniti hidup seadanya

Puteri Rasulullah...
kesayangan ayahanda
Suaminya si panglima agama
Di belakangnya dialah pelita
Cahaya penerang segenap rumahnya
Ummi tersayang cucunda Baginda..
Bisa dia segagah Naelah,
Dengan dua tangan tegar melindungi Khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah...